(Foto fail)
PUTRAJAYA, 2 Ogos- Individu yang berhasrat mendapatkan lesen kereta atau motosikal hanya perlu menduduki satu ujian teori, berkuatkuasa 15 September ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan tersebut berdasarkan maklum balas orang ramai, selain menggalakkan penjimatan kos.
"Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar.
"Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 Praktikal di Jalanraya secara berasingan apabila mengambil LMM motosikal dan LMM motokar," katanya pada sidang media di sini.
Penyeragaman baharu itu dijangka dapat mengurangkan yuran sekurang-kurangnya RM100.
Tambah Loke, inisiatif tersebut akan memanfaatkan rakyat yang ingin mendapatkan lesen memandu tanpa menjejaskan tahap kecekapan pemandu.
(Anthony Loke)