fb fb fb fb fb

Melaka lancar Projek 1 Kampung, 1 Pantun

(FOTO RTM)

AYER KEROH, 2 Ogos-Melaka bakal melaksanakan ‘Projek 1 Kampung 1 Pantun’ dalam usaha memelihara warisan budaya berpantun di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata di bawah projek berkenaan, pantun warisan terbaik akan dipaparkan di mercu papan tanda 701 kampung dan 1,021 taman perumahan termasuk di koridor dan pintu-pintu masuk ke negeri itu.

Menurutnya, Penilaian pantun-pantun itu akan dilakukan oleh pakar dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pemuisi-pemuisi hebat tanah air.

"Kita menjemput semua rakyat Melaka melalui kampung-kampung, bukan satu atau dua pantun, tetapi orang ramai boleh menghantar seberapa banyak pantun yang menarik kepada pangkalan data yang kita sediakan menerusi Bahagian Teknologi dan Maklumat.

"Kita akan memberikan hadiah kepada pantun-pantun yang menarik, gaya bahasa yang hebat", katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan sempena Persidangan Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15, di sini, hari ini.



(Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/FOTO RTM)

Media Baharu