fb fb fb fb fb

Satu PPS masih dibuka di Johor

KUALA LUMPUR, 27 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor direkodkan seramai 35 orang melibatkan 12 keluarga, setakat pukul 2.00 petang tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Segamat iaitu PPS Balairaya Gemereh Lima.

PPS berkenaan menempatkan enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan, lelaki dewasa dan perempuan dewasa, masing-masing 12 orang.


(Foto BERNAMA)

Sementara di Perak, seramai 199 penduduk terjejas banjir daripada 63 keluarga ditempatkan di dua PPS.

PPS tersebut Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai menempatkan 182 penduduk terjejas banjir dan Sekolah Rendah Agama Rakyat Imam Syafie, 17 orang.

Di Selangor pula, 229 penduduk terjejas daripada 74 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

PPS terbabit Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru (92), SK Sungai Sireh (63) dan Dewan Orang Ramai MDKS Bestari Jaya, 74 penduduk terjejas banjir.

Media Baharu