fb fb fb fb fb

Kesejahteraan rakyat, tunjang konsep Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 27 November - Kesejahteraan rakyat menjadi tunjang kepada konsep Kerajaan Perpaduan.

Ia mampu dicapai dengan kesepakatan pemimpin bagi mendepani cabaran global pada masa hadapan.

Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, ia tugas berat namun mampu direalisasikan dengan gerak kerja bersama tanpa mengira fahaman dan ideologi.

(Lee Lam Thye bercakap kepada pemberita RTM melalui panggilan video)

"Sejauh mana ia dapat direalisasikan adalah bergantung kepada pucuk pimpinan yg dapat menubuhkan sepasukan menteri yg berkaliber dan berprestasi," kata Lee Lam Thye di sini.

Ia juga harapan rakyat agar ketidakstabilan politik sebelum ini tidak berlaku lagi yang jelas merugikan rakyat.

(Shafezah Abdul Wahab)

"Selain itu gabungan ini juga diharapkan boleh menjadi faktor penyelesaian kemelut pasca pilihanraya ke15 dgn syarat manifesto yang dijanjikan semua gabungan parti perlu dilaksanakan," kata Pensyarah Kanan Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media Universiti Teknologi Mara (UITM), Shafezah Abdul Wahab.

"Jadi diharap mereka dapat duduk bersama berbincang dan meneliti manifesto-manifesto yang masing-masing kemukakan dan melihat di manakah manifesto dan janji-janji yang berkenaan kepada rakyat boleh diselaraskan boleh tambah baik antara satu sama lain," kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UITM, Dr Mazlan Che Soh.

Sudah sampai masanya untuk bekerja keras untuk memastikan negara kembali teguh seterusnya kembali menyerlah di pentas dunia.

Media Baharu