fb fb fb fb fb

'Satu lawan satu' antara BN, PAS di Pulai Chondong dan Kemuning

(Muhd Fakhran Jusoh dan Azhar Salleh)

MACHANG, 29 Julai- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Kelantan Ke-15 bagi N.33 Pulai Chondong, N34 Temangan dan N35 Kemuning selesai apabila pusat penamaan calon bagi ketiga-tiga DUN di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang itu ditutup secara rasminya pada pukul 10.00 pagi tadi.

N33 Pulai Chondong dan N35 Kemuning menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon PAS.

BN mempertaruhkan calon muda iaitu Muhd Fakhran Jusoh, manakala PAS mengekalkan penyandang kawasan itu, Azhar Salleh.

Sementara di N35 Kemuning, Mohd Fakaruddin Ismail (BN) akan ditentang Ahmad Zhafran Md Noor (PAS).

N34 Temangan pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN-PH iaitu Abdul Kadir Othman, Fauzi Seman (Bebas) dan penyandang kerusi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (PAS).

Dalam pada itu, situasi di sekitar pusat penamaan calon di sini berjalan lancar apabila penyokong bagi kesemua parti bertanding mematuhi undang-undang ditetapkan.

Tiada insiden atau provokasi dilakukan sepanjang proses penamaan calon berlangsung dengan kawalan ketat petugas keselamatan yang berada di lokasi sejak awal pagi.

(Penyokong BN-PH pada penamaan calon di perkarangan Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan
Jajahan Machang, Machang, Kelantan)

Media Baharu