fb fb fb fb fb

Altimet bertanding satu lawan satu di Lembah Jaya

AMPANG, 29 Julai- Calon Pakatan Harapan (PH) N20 Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berharap penyertaannya dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) membuka ruang untuk menyelesaikan permasalahan setempat.

Altimet berkata beliau mahu setiap rakyat mendapat akses saksama kepada inisiatif kerajaan negeri jika dipilih kelak.

"Apa yang saya dapat daripada lapangan, kita nak jadikan Lembah Jaya ni kawasan mesra kepada semua lapisan masyarakat dan umur.

"Lembah Jaya boleh menjadi tempat yang baik untuk anak-anak saya dan ibu bapa untuk bersara. Kita tidak mahu orang-orang ini merasakan tidak mempunyai apa-apa di sini," katanya selepas sesi penamaan calon bertempat di Dewan Dato Ahmad Razali, di sini.

N20 Lembah Jaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Altimet dan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau Cikgu Sharifah.

Memiliki sejumlah 65,650 pemilih berdaftar, N20 Lembah Jaya merupakan kerusi Dewan Negeri Selangor di bawah Parlimen Ampang.


(N20 menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Altimet dan calon
daripada Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau
Cikgu Sharifah.)

Media Baharu