PUTRAJAYA, 29 Julai- 573 kertas penamaan calon diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilhan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu, hanya satu kertas penamaan calon ditolak melibatkan calon Bebas bagi kerusi DUN Kota Lama, Kelantan.
"Secara keseluruhannya bilangan pertandingan mengikut penjuru adalah seperti berikut: satu lawan satu (181), 3 penjuru (51), 4 penjuru (13) dan 5 penjuru bagi DUN N34 Lunas, Kedah.
"Bilangan calon yang bertanding mengikut jantina adalah seperti berikut: lelaki seramai 501 orang, wanita seramai 71 orang," kata Abdul Ghani kepada media di sini.
Calon tertua yang bertanding dalam PRU DUN Ke-15 berusia 80 tahun manakala calon termuda berusia 23 tahun.
252 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya ditubuh bagi memantau semua aktiviti calon ketika berkempen.
(Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu, hanya satu kertas penamaan calon
ditolak melibatkan calon Bebas bagi kerusi DUN Kota Lama, Kelantan.)