fb fb fb fb fb

Proses penamaan calon di Kedah berjalan lancar - Polis

ALOR SETAR, 29 Julai- Proses penamaan calon di 17 Pusat Penamaan Calon (PPC) yang membabitkan 36 Dewan Negeri di Kedah berjalan lancar.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata seramai 2, 694 pegawai dan anggotanya ditugaskan untuk mengawal keadaan dan situasi di semua kawasan terbabit.

"Kebanyakan kawasan mempunyai antara 200 hingga 500 penyokong malah ada yang 2,000 penyokong hadir untuk memberi semangat kepada parti masing-masing.

"Paling ramai adalah di Baling iaitu hampir 5,000 penyokong.

"Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan proses penamaan calon berjalan lancar," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.


(Paling ramai adalah di Baling iaitu hampir 5,000 penyokong)

Media Baharu