fb fb fb fb fb

Sarawak capai status negeri tua dua tahun lebih awal

(Sarawak dijangka mencapai status itu dua tahun lebih awal daripada negeri-negeri lain)

BINTULU, 2 Oktober- Sarawak akan mencapai status negeri tua pada 2028.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia berdasarkan kajian oleh Institut Penuaan Malaysia.

Sarawak dijangka mencapai status itu dua tahun lebih awal daripada negeri-negeri lain.

"Kajian institut penuaan Malaysia (My Ageing) menunjukkan seluruh Malaysia dijangka mencapai status wilayah tua pada tahun 2030 dan bagi negeri Sarawak kita akan mencapai status tersebut dua tahun lebih awal daripada negeri-negeri lain. Antara faktor utama ialah jangka hayat orang Sarawak tok lebih panjang daripada penduduk negeri lain," kata Fatimah di majlis sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri di sini.

(Dato Sri Fatimah berucap pada majlis sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri
Sarawak)

Sambutan tahun ini yang bertemakan “Daya Tahan dan Sumbangan Warga Emas” adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar menghargai, menghormati dan menyayangi warga emas dalam membantu usaha kerajaan meningkatkan kesejahteraan hidup golongan itu.

Acara senamrobik melibatkan 3,757 warga emas di seluruh Sarawak diiktiraf dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai rekod pengumpulan terbesar golongan warga emas secara fizikal dan maya.

Media Baharu