fb fb fb fb fb

Sarawak berminat pelajari bidang teknologi pertanian menegak seperti Singapura

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, di Kuching

KUCHING, 5 Mac- Sarawak berminat untuk mempelajari bidang teknologi pertanian menegak seperti yang dilakukan di Singapura.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pertanian moden berkenaan merupakan satu inovasi yang sangat mengagumkan.

Katanya, inovasi berkenaan menggunakan teknologi moden untuk mengawal persekitaran pertanian.

"Kami mahu menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadikan bidang pertanian moden sebagai profesion mereka supaya dapat meningkatkan pengeluaran makanan dan produk makanan negeri ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, di Kuching.

Datuk Amar Douglas berkata, antara lain, Sarawak kini menumpukan pengeluaran lebih banyak beras dan ia merupakan satu cabaran.

Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah menyasarkan 60 peratus tahap sara diri dalam pengeluaran beras menjelang 2030.

Tambah beliau walaupun Sarawak telah diisytiharkan sebagai negeri berpendapatan tinggi, namun masih terdapat rakyat yang berpendapatan rendah.

"Jadi, membantu mereka (rakyat) menambah pendapatan juga sangat penting kepada kerajaan," katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE