fb fb fb fb fb

Saraswathy, Fuziah angkat sumpah sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 10 Disember - Naib Presiden PKR, K. Saraswathy dan bekas Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa hari ini.

Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim di Bangunan Parlimen di sini pada pukul 9.04 pagi.

(Fuziah dan Saraswathy bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim
di Bangunan Parlimen )

Saraswathy dan Fuziah adalah antara 27 Timbalan Menteri yang dilantik seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, masing-masing menggalas jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Fuziah sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Saraswathy tewas di Tapah, manakala Fuziah kalah di Kuantan.

Semalam, Datuk Seri Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara 3 petang ini.

Media Baharu