fb fb fb fb fb

SARA tawar 90,000 barangan, tiada keperluan pakej khas

Mohd Sayuthi Bakar/RTM

KUCHING, 7 September- Tiada keperluan menyediakan pakej khas bagi barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana rakyat bebas memilih sendiri barangan keperluan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar berkata lebih 90,000 barangan disenaraikan dalam program itu bagi membolehkan penerima menentukan pilihan mengikut keperluan harian mereka.

"Kita serahkan kepada rakyat untuk memilih barang keperluan masing-masing kerana sekiranya disediakan dalam bentuk pakej, ia seolah-olah tiada pilihan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup Program Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Sarawak di Kuching Waterfront, hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA