fb fb fb fb fb

SAR anggota tentera guna alat SONAR TLDM

MELAKA, 11 Februari- Memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota tentera, Lans Koperal Edrin Baintim, 25 tahun yang hilang di perairan Pulau Undan, Melaka.

Operasi hari ini melibatkan sebuah Side Scan Sonar atau alat pengesan SONAR daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diselaras Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama 12 penyelam TDM.

Menurut kemaskini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) setakat pukul 9.00 pagi tadi tiada penemuan atau petunjuk baharu ditemui.

Kawasan pencarian dipecahkan kepada lapan sektor bagi aset laut dan satu sektor bagi aset udara.

(Foto fail)

Secara keseluruhannya, sebanyak 12 aset terdiri daripada 11 aset laut dan satu aset udara dengan kekuatan 136 anggota digunakan bagi melaksana misi menyelamat itu.

Media Baharu