fb fb fb fb fb

Samuel Isaiah terima Anugerah Khas Diraja, penghargaan sebagai guru bahasa Inggeris untuk pelajar orang asli

KUANTAN, 18 Julai- Finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020, Samuel Isaiah menerima Anugerah Khas Diraja Negeri Pahang yang disempurnakan oleh, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, malam tadi.

Anugerah itu bagi menghargai jasa dan bakti yang dicurahkan Samuel sebagai guru bahasa Inggeris kepada pelajar orang asli di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Rompin lebih 10 tahun.

Samuel yang kini Pengarah Program ‘Pemimpin GSL’ berkata, anugerah tersebut amat bermakna dan mendorongnya untuk terus berbakti kepada sistem pendidikan negara dalam usaha memberikan pembelajaran yang lebih kreatif serta berkesan.

Beliau menerima wang tunai RM15,000, piala iringan serta sijil menerusi angerah khas itu berkata, wang tersebut akan digunakan bagi program melibatkan pelajar-pelajar orang asli serta menyambung usahanya dalam meningkatkan sistem pembelajaran di negara ini.

Beliau yang mesra disapa 'Cikgu Sam' itu ditemui ketika majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri Pahang.

Samuel Isaiah

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Dalam majlis itu, penerima Anugerah Perdana Belia Negara pula adalah daripada kategori Pertubuhan Belia dan kategori individu.

Media Baharu