fb fb fb fb fb

Sambutan Krismas: Pelihara keamanan, kerukunan dan semangat bersatu padu -PM

KUALA LUMPUR, 24 Disember-Rakyat diingatkan supaya tidak melupakan golongan tidak bernasib baik termasuk mereka yang berdepan kesusahan dan kesedihan ketika menyambut perayaan Krismas bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Sambutan Hari Krimas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengharapkan rakyat terus memainkan peranan ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu.

"Selamat Menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat setiap tahun.

"Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajiban setiap kita untuk mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahmi antara rakyat dengan mengucapkan kata-kata yang indah buat mereka.

"Membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah, tetapi setiap rakyat mesti memainkan peranan yang ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu.<" katanya dslam hantaran berkenaan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO FB Anwar Ibrahim)

Katanya, mesej atau seruan yang berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbeezaa mesti dibenam dengan sikap kasih sayang dan rahmah.

"Semoga sambutan Krismas pada tahun ini lebih meriah serta dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara Malaysia yang terbilang dan rakyatnya yang cintakan keadilan," katanya.

Pemimpin nombor satu negara ini, turut menyeru rakyat Malaysia untuk berwaspada dan berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas buat semua penganut Kristian di seluruh negara.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengucapkan selamat tahun baharu kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi hantaran di laman facebook.

Penganut Kristian akan menyambut Krismas esok dan seperti kelaziman di negara ini, perayaan itu akan dimeriahkan dengan rumah terbuka yang dihadiri pelbagai kaum.

 

Media Baharu