fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Mayat terakhir dibawa ke Hospital Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 24 Disember- Mayat mangsa ke-31 iaitu mangsa terakhir yang menjadi korban Tragedi Tanah Runtuh di Tapak Perkemahan Father's Organic Farm di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Mayat mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki dibawa menaiki kenderaan polis, tiba pada pukul 6.15 petang.

Proses mengenal pasti mayat mangsa akan dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu menggunakan pengecaman DNA, cap jari, gigi, dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.


(Proses mengenal pasti mayat mangsa akan dijalankan dengan menggunakan kombinasi
empat kaedah iaitu menggunakan pengecaman DNA,cap jari, gigi, dan pengecaman
pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa)

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan itu menyaksikan 61 orang selamat dan 31 terkorban daripada keseluruhan 92 mangsa.

Media Baharu