fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya

MARANG, 24 Disember- Situasi banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya di semua daerah.

Tinjauan menerusi udara milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati hanya beberapa kawasan di sekitar Kuala Terengganu yang masih digenangi air.

Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad@Arshad berkata sembilan pasukan bomba digerakkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kediaman penduduk.

Sementara itu, 300 lokasi berisiko banjir di seluruh negeri diberi tumpuan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.

Penduduk di kawasan terlibat diminta sentiasa berwaspada dengan amaran cuaca dan keadaan semasa.


(Penduduk di kawasan terlibat diminta sentiasa berwaspada dengan

amaran cuaca dan keadaan semasa)

"Secara keseluruhannya hampir seluruh kawasan - kawasan dilanda banjir telah mula pulih seperti sedia kala, melainkan di beberapa tempat iaitu di Kampung Atas Tol dan di kawasan Manir masih digenangi air. Lain-lain kawasan telah pulih seperti biasa. Angka di PPS bagaimanapun masih tinggi kerana mangsa-mangsa dilanda banjir masih lagi berada di PPS kerana rumah mereka masih belum dibersihkan," katanya ketika membuat tinjauan udara di semua daerah.

Tinjauan selama dua jam itu dikendalikan juruterbang Kapten PgKB 1 Mohd Ruzaidi Ramlee.

Media Baharu