fb fb fb fb fb

Ringankan beban rakyat: Jawatankuasa kos sara hidup ditubuhkan

(Keutamaan kerajaan ialah kos sara hidup rakyat yang menjadi keluhan selama ini)

SHAH ALAM, 24 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan satu jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup ditubuhkan bagi memastikan bebanan rakyat dapat ditangani secara berterusan, menurut Timbalan menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, penubuhannya itu membabitkan kementerian serta agensi berkaitan sebagai usaha menangani permasalahan itu secara tuntas.

Menurutnya, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh beliau sendiri yang akan mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh dalam mencari jalan penyelesaian holistik dalam isu kos sara hidup.

"Kerjasama membabitkan menteri-menteri tertentu yang menjaga portfolio mengenai kos sara hidup bersama-sama ketua setiausaha dan ketua pengarah serta lain-lain pegawai kanan di setiap kementerian untuk menangani permasalahan ini secara tuntas.

"Dan kita lihat dalam tempoh sebulan ini juga, beberapa pengumuman dilakukan dan perubahan-perubahan akan diumumkan setiap kali selepas mesyuarat kabinet setiap minggu maka ini sudah tentu bakal melegakan kebanyakan rakyat dan ini adalah pendekatan baru," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Persatuan Penganut Kuil Sree Maha Kaliamman, Bukit Kemuning, Shah Alam.

“Satu perkara dijadikan keutamaan beliau (Perdana Menteri) ialah kos sara hidup rakyat yang menjadi keluhan selama ini.

(Timbalan menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi)

“Ini telah diumumkan bukan sahaja dalam tarif elektrik tetapi juga penyelesaian terhadap kekurangan bahan-bahan makanan utama, bukan hanya dapat pertahankam harga, malah dapat dikurangkan dengan pelbagai kaedah yang dilakukan termasuk penurunan petrol,” katanya.

Dalam pada itu semasa berucap pada majlis berkenaan, beliau turut memberi jaminan akan berusaha membantu mencari penyelesaian berhubung kekurangan tenaga kerja asing.

Media Baharu