fb fb fb fb fb

KPM peruntuk RM50 juta baik pulih, selenggara sekolah terjejas banjir

NIBONG TEBAL, 24 Disember- Sebanyak 50 juta diperuntukkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membaik pulih dan penyelengaraan sekolah-sekolah diseluruh negara yang terjejas banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata setakat ini pihaknya sedang mengumpul maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum memuktamadkan penyaluran peruntukan berkenaan.

"Peruntukan sebanyak RM50 juta akan disalurkan untuk penyelenggaraan sekolah pasca banjir. Kementerian akan meminta PPD menyediakan senarai sekolah-sekolah yang perlu diberikan perhatian pasca banjir khususnya penyelenggaraan, bagi memastikan kanak-kanak dapat masuk ke sekolah dan memulakan sesi pembelajaran dengan segera," katanya selepas sesi bertemu rakyat di Pusat Khidmatnya di sini.


(Peruntukan sebanyak RM50 juta akan disalurkan untuk penyelenggaraan
sekolah pasca banjir)

Mengulas lanjut, sesi persekolahan bagi negeri atau kawasan yang tidak terjejas dalam banjir akan diteruskan seperti dijadualkan, iaitu pada 2 Januari di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala 3 Januari bagi negeri lain.

Setakat ini, sebanyak 287 sekolah di seluruh negara terjejas akibat banjir sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah itu, 205 daripadanya telah pulih, manakala 82 sekolah dan institusi di bawah KPM sedang dilanda banjir.

Media Baharu