fb fb fb fb fb

Banjir: 13,187 orang terjejas di Kelantan

TUMPAT, 24 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menyaksikan penurunan kepada 13,187 orang setakat pukul 4.00 petang berbanding 16,253 orang, setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Kesemua penduduk terjejas banjir membabitkan 4,511 keluarga ditempatkan di 31 PPS di dua daerah iaitu di Pasir Mas dan Tumpat.

Menurut portal InfoBencanaJKM, PPS di tiga daerah iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah ditutup sepenuhnya tengah hari tadi selepas penduduk terjejas dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing.


(Kesemua penduduk terjejas banjir membabitkan 4,511 keluarga ditempatkan di
31 PPS di dua daerah iaitu di Pasir Mas dan Tumpat)

Sementara itu, laman web rasmi public info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula merekodkan dua sungai utama di negeri itu masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.91 meter (m).

Manakala, Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat juga melepasi paras bahaya iaitu 3.03m.

Media Baharu