fb fb fb fb fb

Kelantan rekod lima korban banjir dalam seminggu

KOTA BHARU, 24 Disember- Kelantan merekodkan lima korban banjir dalam tempoh seminggu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata daripada jumlah tersebut, empat mangsa direkodkan meninggal dunia pada 19 Disember lalu.

Katanya, dua kes berlaku di Pasir Mas dan tiga kes di Tumpat iaitu renjatan elektrik.

Muhamad Zaki berkata terdapat kematian yang bukan disebabkan banjir, tetapi kerana sakit dan lemas di tali air.

"Daripada lima korban banjir dicatatkan, satu kes di Pasir Mas yang melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun perlu diperiksa semula unsur kematiannya. Pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa bagi membolehkan siasatan semula dilakukan," katanya kepada pemberita di Dewan Dato' Dr Ab Rahman, Ibu Pejabat Polis Kelantan, di sini.


(Katanya, dua kes berlaku di Pasir Mas dan tiga kes di Tumpat iaitu renjatan elektrik)

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya turut menggerakkan seramai 130 anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke lokasi terjejas banjir di Kelantan untuk bantuan pasca banjir.

Katanya, kesemua anggota akan ditempatkan di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa dan Ibu Pejabat Polis Kelantan.

Media Baharu