fb fb fb fb fb

Banjir: 21,463 orang terjejas di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Seramai 7,279 orang daripada 2,053 terjejas banjir di Terengganu, setakat pukul 6.43 petang tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, 57 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri tersebut.

Daripada jumlah berkenaan, 2,339 orang melibatkan lelaki dewasa dan 2,384 orang membabitkan perempuan dewasa.

"1,148 kanak-kanak lelaki manakala 1,145 kanak-kanak perempuan," katanya.


(Daripada jumlah berkenaan, 2,339 orang melibatkan lelaki dewasa dan 2,384
orang membabitkan perempuan dewasa)

Secara keseluruhan kini 21,463 orang daripada 6,830 keluarga terjejas banjir di lima negeri setakat ini.

Kesemua mereka ditempatkan di 107 PPS.

Lima negeri terjejas banjir adalah Kelantan, Perak, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Media Baharu