fb fb fb fb fb

Sambutan HAWANA bermula esok di Sarawak

KUCHING, 23 Mei-  Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) peringkat kebangsaan akan bermula esok hingga 27 Mei di Sarawak.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini tiba di Kuching bagi lawatan kerja rasmi beliau bersempena sambutan berkenaan.

Ketibaan Fahmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 9.45 malam tadi disambut ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Komunikasi.

Dalam lawatan kerja beliau esok, Fahmi dijangka akan membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, 

Fahmi juga akan menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 Multi Operator Core Network (MOCN) di Hikmah Exchange Event Center, Kuching.

Beliau juga dijangka akan menghadiri Majlis Perasmian Pameran HAWANA 2024 di Plaza Merdeka pada Sabtu ini, selain Majlis Perasmian Persidangan Media Sarawak 2024 oleh Premier Sarawak 26 Mei nanti. 

Fahmi juga dijangka mengadakan beberapa sesi perjumpaan bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Sarawak, serta pihak-pihak berkuasa berkaitan Projek 'Point of Presence' (PoP) di Sarawak sebelum Sesi Perjumpaan bersama media antarabangsa. 

Fahmi juga akan menghadiri Majlis Kemuncak HAWANA 2024 pada 27 Mei ini bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Customer Support