fb fb fb fb fb

MINDA 2024, iktiraf usaha ahli perniagaan seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei-  Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2024 akan dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada 8 Ogos ini.

Pengerusi Penganjur MINDA 2024, Dr. Sri Ganesh Michiel berkata majlis itu merupakan platform bagi menghargai usaha luar biasa ahli perniagaan dan usahawan seluruh Malaysia. 

MINDA kali ini turut menyasarkan lebih 100 pencalonan daripada pemain-pemain industri.

"Majlis ini bagi memberi semangat kepada mereka untuk tidak berputus asa. Kita perlu memastikan mereka bersemangat untuk kekal berjuang dalam mengusahakan perniagaan masing-masing."

"Jadi, ia adalah anugerah yang eksklusif dan kita mahu ia dikategorikan sebagai anugerah yang sangat berprestij di negara kita," kata Dr. Sri Ganesh kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Selain itu, acara ini dapat menyediakan penanda aras yang lebih tinggi bagi menggalakkan syarikat usahawan lebih berinovasi dalam bidang masing-masing.

Empat kategori utama yang akan dipertandingkan  termasuk Anugerah Pencapaian Tahunan, Kecemerlangan Industri, Inovasi Industri dan Anugerah Cemerlang Industri.

Customer Support