fb fb fb fb fb

JAKIM perlu main peranan agresif terap nilai Qurani

KUANTAN, 23 Mei- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memainkan peranan lebih agresif untuk menerapkan nilai-nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat kerana ia merupakan jalan yang terbaik bagi membangunkan Malaysia MADANI.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata, dengan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian agar dapat membangunkan Malaysia.

Beliau berkata al-Quran mengandungi 1,001 nilai yang boleh dipelajari dan dihayati umat Islam menerusi pelbagai kisah teladan di dalamnya seperti kisah Nabi Yusuf AS yang menerangkan mengenai kemampanan dasar, kisah Ashabul Kahfi yang menjelaskan nilai ketaatan serta kisah Nabi Daud AS yang menunjukkan parameter keadilan. 

"Saya sering tekankan tentang peri pentingnya pengukuhan nilai, tanpa membezakan kedudukan, pangkat, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sesiapa pun perlu mempunyai nilai sahsiah yang tinggi dalam diri. Malah, nilai yang paling agung ialah nilai yang diajar dalam al-Quran.

"Majlis seumpama ini (Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran), bukan sekadar majlis mengalunkan bacaan dan menghafaz al-Quran. Tetapi, lebih jauh daripada itu, kerajaan mahu meningkatkan penghayataan dan membudayakan kandungan al-Quran baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan organisasi," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan, di sini.

Pada masa sama kerajaan MADANI menentang sebarang bentuk penindasan, dan penghapusan kaum mahupun pembersihan etnik.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Customer Support