fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada pasukan takraw negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia atas kemenangan berganda ke atas Thailand dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 malam ini.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook menyifatkan ia merupakan satu pencapaian membanggakan dan cemerlang.

"Pencapaian yang membanggakan dan cemerlang! Tahniah kepada skuad sepak takraw Malaysia! Semoga kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada lebih banyak lagi pencapaian sebegini di masa hadapan!" Anwar menyiarkan di Facebook malam ini.

Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Customer Support