fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Malaysia 2022 dijangka gamit 20,000 pengunjung

(Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek)

MELAKA, 6 September- Sambutan Hari Malaysia 2022 yang bakal berlangsung di Melaka dijangka boleh menarik sehingga 20,000 pengunjung.

Melihat kepada kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata tidak mustahil sambutan Hari Malaysia 2022 nanti dibanjiri pengunjung termasuk dari luar negara.

"Jadi jangkaan saya di negeri Melaka ini walaupun pada peringkat awal dijangkakan yang hadir dalam 5,000 tapi jangkaan saya mungkin boleh mencecah sehingga 20,000, itu jangkaan saya sendiri, tambah pula cuti sekolah saya difahamkan jadi ramai yg berasal daripada Melaka sudah tentu akan balik ke kampung masing-masing di Melaka dan ramai juga pelancong dari negara lain datang bertandang ke Melaka dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan acara berprestij ini iaitu sambutan Hari Malaysia," katanya.

Mohammad Mentek berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka


(Datuk Seri Mohammad Mentek mengadakan lawatan kerja Sambutan Hari Malaysia 2022
di Dataran 
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka)

Hadir sama, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Che Roslan Che Daud.

Menurut beliau, persiapan sambutan yang kali ini mengetengahkan keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini berjalan lancar.

Sambutan tersebut juga merupakan julung kali diadakan di negeri itu.

Media Baharu