fb fb fb fb fb

Pelan tindakan teknologi dron bakal dibangunkan sebagai agenda nasional - PM

PUTRAJAYA, 6 September - Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) akan dibangunkan sebagai agenda nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, industri dron di Malaysia berpotensi menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) dipengerusikan beliau hari ini, yang turut dihadiri menteri-menteri serta ketua-ketua jabatan dan agensi terlibat.

"Sistem Pengurusan Trafik UAS (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk meningkatkan pendaftaran UAS menjelang 2030.

"Mesyuarat juga mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri seperti kerenah birokrasi, yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bertindak sebagai agensi penyelaras dan sekretariat MDTAP30 akan melaporkan kemajuan kepada ahli majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul.

Selain itu, mesyuarat mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri seperti kerenah birokrasi yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara.

Media Baharu