fb fb fb fb fb

40 kenderaan Konvoi KMJG 2025 berada di Pulau Pinang

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 / Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL, 4 Ogos - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 diteruskan ke negeri Pulau Pinang hari ini.

Ia disertai 40 buah kenderaan dan seratus peserta yang diketuai Jabatan Penerangan (JaPen) Pulau Pinang.

Pengarah JaPen negeri, Hasmiza Hussin berkata, konvoi melibatkan kelima-lima daerah di negeri tersebut.

Masjid Jamek Sungai Acheh di Seberang Perai Selatan (SPS) menjadi lokasi pertama persinggahan.

"Kembara Merdeka akan menjelajah kelima-lima daerah, bermula di Seberang Perai Selatan dan esok kita bermula di Daerah Barat Daya, kita akan pusing ke Daerah Timur Laut dan ke Seberang Perai Utara, akhinya handover ke negeri Kedah", katanya.

Terdahulu, Hasmiza menerima penyerahan konvoi KMJG dari negeri Perak yang diketuai pengarah JaPen negeri, Yosri Abu Mahsin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Rashidi Zinol berharap program tersebut dapat menyuburkan semangat kemerdekaan.

Ini khususnya aktiviti kibar Jalur Gemilang di premis serta kediaman masing-masing.

Program ini turut disertai Kelab Permotoran Northern V-Storm Owner (NVO).

Majlis Pelepasan Konvoi KMJG 2025 disempurnakan Datuk Rashidi Zinol di Masjid Jamek Sungai Acheh.

HASRON BIN HASSAN