fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 berjalan lancar, sambutan luar jangka

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berpuas hati dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Katanya, kesemua acara yang berlangsung telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

"Alhamdulillah semua acara perbarisan Hari Kebangsaan 2022 telah berjalan dengan baik dan lancar walaupun saya perlu mengakui kehadiran luar jangka dan ada sedikit kesesakan berlaku begitu juga ketika perarakan tadi.

"Lebih 20,000 peserta telah mengambil bahagian tapi yang pentingnya semua telah berjalan dengan baik bermula sampai ke akhir. Masa yang sesuai mengikut apa yang telah kita aturkan dapat kita selaraskan antara acara di lapangan terutama sekali yang paling susahnya nak selaraskan acara di darat dengan peawat yang terbang, sebab semuanya mesti tepat kepada saat-saat yang ditetapkan," kata Annuar di Dataran Merdeka di sini.

Selain itu, beliau turut teruja dengan kehadiran Keluarga Malaysia yang luar biasa.

Semangat yang dipamerkan jelas menunjukkan perpaduan dalam negara tetap utuh.

(Tan Sri Annuar bersama Perdana Menteri, Datuk SeriĀ  Ismail Sabri (tengah) pada sambutan
kemerdekaan negara ke 65)

Media Baharu