fb fb fb fb fb

Sambutan kemerdekaan di Pahang meriah

(Kehadiran pengunjung sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang
di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)4)

KUANTAN, 31 Ogos- Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)4.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli hadir memeriahkan sambutan julung kali yang diadakan selepas dua tahun tiada sebarang penganjuran dan sambutan hari kebangsaan akibat penularan COVID-19.

Majlis sambutan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Sambutan kemerdekaan di peringkat negeri Pahang membabitkan perarakan daripada 126 kontinjen melibatkan seramai 3,102 orang.

Padang MBK 4 mula dibanjiri dengan ribuan tetamu seawal jam 7 pagi bagi melihat sendiri perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, pancaragam sekolah dan perarakan kenderaan.

(Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Ibni
Al-Sultan AbdullahRi’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)

Tiga segmen diterjemah dalam sambutan kali ini, iaitu gabungan, pergendangan muhibah antara kaum, Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Deklamasi puisi oleh waris pejuang tanah air Mat Kilau, Mohd Al Hamadi Abu Bakar dan diikuti Gerak Seni Bela Diri daripada pesilat negara Mohd Al-Jufri Jamari.

Sambutan itu, diakhiri dengan gabungan lagu tema, "Keluarga Malaysia, Teguh Bersama" yang dinyanyikan oleh, wakil pelajar-pelajar sekolah Menengah, dan
Rendah, seluruh Negeri Pahang.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-65 turut dihidangkan dengan aksi pertunjukan udara jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Sukhoi Su-30MKM yang gah meneroka awan biru.

Keterujaan dalam meraikan Hari Kebangsaan 2022 dapat ditonjolkan dengan kemeriahan dan sokongan tetamu yang hadir serta semangat perpaduan berbilang kaum Keluarga Malaysia.

Media Baharu