fb fb fb fb fb

131 kontinjen sertai perarakan dan perbarisan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Johor

ISKANDAR PUTERI, 31 Ogos- Sebanyak 131 kontinjen menyertai perarakan dan perbarisan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Johor yang berlangsung di Dataran Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Perarakan bermula 7.30 pagi, melibatkan pelbagai agensi termasuk badan beruniform dan jentera.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapannya menyeru rakyat agar membantu Johor menjadi salah sebuah negeri maju dan menyumbang kepada pembangunan negara

"Kita mahu lihat ke hadapan, kita mahu jadi Johor sebagai sabuah negeri maju dan saya yakin kalau kita semua di dataran ini, agensi terlibat boleh bersatu padu gembleng tenaga kita boleh jadikan Johor antara negeri termaju di negara ini," kata Onn Hafiz di sini.

Beliau sebelum itu menerima tabik hormat majlis perarakan kontinjen yang dimulakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diakhiri dengan kenderaan klasik.

Majlis Perarakan dan Perbarisan pagi tadi menyaksikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor muncul johan keseluruhan.

Kira-kira 6,000 orang awam berhimpun memeriahkan sambutan peringkat negeri ini.

Selain di Iskandar Puteri, Johor Bahru, majlis sama turut diadakan di 9 lagi daerah seluruh Johor secara serentak.

(131 kontinjen sertai perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan
ke-65 di Johor)

Media Baharu