fb fb fb fb fb

23 syarikat korporat tunaikan zakat perniagaan lebih RM53 juta

Majlis Zakat Korporat 2025 di ibu negara.

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Sebanyak 23 syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan jumlah melebihi RM53 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kutipan zakat perniagaan mencatatkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2024.

“Saya menyeru individu dan syarikat yang belum menunaikan zakat agar melaksanakan tanggungjawab ini, supaya lebih ramai asnaf yang sebelum ini terlepas daripada bantuan dapat dibantu pada tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Zakat Korporat 2025 di ibu negara.

Antara syarikat terlibat ialah Bank Islam Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, dan Malakoff Corporation Berhad. Manakala Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjadi penyumbang tertinggi dengan jumlah melebihi RM15 juta.

Datuk Dr Mohd Na’im turut menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat korporat dalam projek wakaf, khususnya menerusi sumbangan wakaf tunai kepada PPZ-MAIWP.

TUN JULIA MOHD TAHIR