fb fb fb fb fb

Saluran pendidikan pupuk perpaduan kaum di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Saluran pendidikan merupakan satu medium penting bagi memupuk perpaduan kaum di negara ini.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Dr. Simah Mamat berkata penyampaian ilmu di sekolah menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu dapat mencapai aspek perpaduan kerana pendedahan awal melalui pendidikan sangat penting untuk menyatupadukan masyarakat majmuk.

"Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Semua kaum di Malaysia memahami bahasa itu dan ia berperanan penting untuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutama dalam bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.


(Foto BERNAMA)

Tambah Simah, pelaksanaan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah perlu dilakukan dengan telus supaya tiada pelajar yang ketinggalan.

Media Baharu