fb fb fb fb fb

29,197 sertai Skim PeKa di Melaka

BANDARAYA MELAKA, 14 Disember- Seramai 29,197 penduduk atau 15.7% daripada 185,407 individu dalam kalangan B40 di Melaka menyertai Skim Peduli Kesihatan (PeKa) setakat 30 November lepas.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, "lebih banyak program akan dilaksanakan pada masa hadapan dalam usaha menarik baki 156,210 individu dalam kalangan B40 yang masih belum menjalani saringan kesihatan."

Pihaknya, "bakal bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama membabitkan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bagi mencapai matlamat tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka

Selain Japerun, saringan juga dijalankan di klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan serta jalinan kerjasama dengan klinik kanser bergerak.

(Foto hiasan)

Media Baharu