fb fb fb fb fb

Mayat wanita ditemukan reput di kebun kelapa sawit, Bentong

Foto hiasan

BENTONG, 4 November -Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan reput di bawah longgokan pelepah daun kelapa sawit di Kebun Kelapa Sawit Batu 19, Jalan Karak - Kuala Pilah, Telemong, di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Yahaya Othman berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan itu, sekitar pukul 5.00 petang.

"Beberapa barang dipercayai milik mangsa ditemui di lokasi iaitu sehelai seluar sukan berwarna hijau, seutas jam tangan, sepasang selipar berwarna hitam dan memakai baju sejuk berwarna hitam,." katanya menerusi satu kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),Kuantan untuk proses bedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

TETITIA YUSOFF