fb fb fb fb fb

Lelaki dikhuatiri hilang: Mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat

SARAWAK, 14 Disember- Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri hilang semalam di Sungai Tabuan, Kuching, telah dijumpai tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, mayat Stepanus Selat, 22 tahun ditemui lebih kurang 12 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan tiga meter dari lokasi terakhir mangsa.

Henderi Ardimansyah memberitahu, keadaan mayat mangsa masih lengkap dan tiada tanda-tanda diserang reptilia air.

Mayat mangsa katanya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian lewat petang semalam, mangsa dikatakan hilang selepas menjala ikan bersama seorang rakannya di Sungai Tabuan.


Media Baharu