fb fb fb fb fb

250 pusat kitar semula di Selangor

SELANGOR, 14 Disember- Sebanyak 250 pusat kitar semula yang berada di Selangor mampu mengurangkan lima peratus daripada jumlah keseluruhan sampah di negeri ini.

Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, walaupun kaedah kitar semula bukan suatu perkara baharu, namun ia memberi banyak faedah sekiranya diamal secara rutin.


(Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian) 

Loy Sian berkata, pihaknya berharap komuniti memainkan peranan dengan sentiasa mengamalkan budaya kitar semula dengan menghantar barangan ke pusat kitar semula berhampiran kediaman mereka.

"Kerajaan negeri selangor boleh bekalkan satu tempat yang sesuai infra dia boleh buat dengan baik tapi untuk menghantar barangan ini dan juga pengasingan itu perlu melibatkan penduduk ini sangat sangat penting jadi ini tidak boleh lari daripada dia punya tujuan,

"Kita akan mengadakan lebih banyak pusat sebegini di semua PBT sebelum sampah sampah itu hantar ke tempat buangan sampah kita harap boleh asingkan seberapa banyak boleh supaya penghantar sampah ke buangan sampah itu dia punya kuantiti akan menurun setiap tahun bukan meningkat," katanya selepas merasmikan Pusat Kitar Semula Komuniti di Seksyen U13 dan Program Karnival 5R di Shah Alam.

Media Baharu