fb fb fb fb fb

Sabah negeri terbaharu dilanda banjir

 (Foto APM Pitas)

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir termasuk tujuh negeri lain dengan merekodkan seramai 48,918 penduduk terjejas yang berlindung di 243 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara, setakat pukul 12.00 tengah hari.

Tujuh negeri lagi ialah Terengganu, Kelantan, Sarawak, Perak, Selangor, Johor dan Pahang.

Menurut infografik yang dikeluarkan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Terengganu masih mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 25,174 orang daripada 6,721 keluarga yang berlindung di 166 PPS, diikuti Kelantan dengan 23,189 orang daripada 7,320 di 64 PPS.

Sementara di Sabah yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir mencatatkan 223 orang daripada 52 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala Sarawak merekodkan 180 orang daripada 43 keluarga di empat PPS.

Perak pula masih membuka dua PPS yang menempatkan 58 orang daripada 16 keluarga.

Sementara Selangor, Johor dan Pahang, masing-masing mencatatkan kurang 40 penduduk terjejas di setiap negeri.

Selangor menempatkan 37 orang daripada 11 keluarga di dua PPS, manakala Johor dengan 34 orang daripada 11 keluarga di dua PPS dan Pahang dengan 23 orang daripada enam keluarga yang berlindung di satu PPS.


(Foto APM Pitas)

Media Baharu