fb fb fb fb fb

PUSPAKOM saran pemandu, penunggang e-hailing lakukan pemeriksaan kenderaan

ALOR GAJAH, 23 Disember- Kira-kira 20% daripada 400 kenderaan yang diperiksa dalam tempoh sehari gagal melepasi piawaian ditetapkan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Melaka.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman berkata kegagalan sistem brek kenderaan merupakan antara faktor penyumbang banyak kenderaan tidak melepasi pemeriksaan di PUSPAKOM.

"Mereka gagal disebabkan tidak bersedia ketika pemerikaan kenderaan dijalankan. Mereka yang gagal perlu membuat pemeriksaan sekali lagi," katanya kepada pemberita di PUSPAKOM di sini.


(Mereka gagal disebabkan tidak bersedia ketika pemerikaan kenderaan dijalankan)

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pemandu dan penunggang e-hailing untuk turut melakukan pemeriksaan kenderaan mereka.

Media Baharu