fb fb fb fb fb

Wanita ditemukan lemas dalam tasik di Slim River

FOTO HIASAN

IPOH, 25 September - Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River dekat Tanjong Malim, petang tadi selepas dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 6.00 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, bersama Pasukan Bomba Sukarela Slim Village, tiba di lokasi kejadian.

"Orang awam menjumpai selipar mangsa, 54 tahun, di tepi tasik. Mangsa ditemukan pada pukul 6.44 petang oleh anggota bomba melalui teknik carian di permukaan di kawasan berkenaan," katanya.

Sabarodzi berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.05 malam.

TETITIA YUSOFF