fb fb fb fb fb

Lubang benam di Persiaran Gurney, situasi terkawal

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jason H'ng Mooi Lye / Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 25 September - Insiden lubang benam berlaku di Jalan Persiaran Gurney, di sini hari ini disebabkan sebuah lori membawa muatan bata melalui kawasan jajaran paip kumbahan, yang baru dibina oleh pihak kontraktor projek Gurney Bay.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jason H'ng Mooi Lye berkata, pihak kontraktor telah mengalihkan lori terlibat dan seterusnya menjalankan kerja korekan untuk pembaikan.

"Kerja-kerja pengorekan di Persiaran Gurney itu adalah kerja kecemasan disebabkan insiden lubang benam pada pagi tadi yang berpunca daripada sebuah lori membawa muatan bata."

"Ekoran kejadian itu, berlaku kebocoran pada paip kumbahan itu atau kemungkinan kebocoran disebabkan proses pemasangan yang tidak sempurna semasa kerja pembaikan akibat kejadian yang sama sebelum ini," katanya.

Beliau memaklumkan situasi tersebut terkawal dan dijangka laluan boleh dibuka kepada pengguna jalan raya, esok.

Trainee