KUALA LUMPUR, 25 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Forum Ilmuan Malaysia Madani anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengangkat tajuk perbincangan mengenai 'Peralihan Tenaga Untuk Kesejahteraan Masa Depan Negara'.
Forum dihadiri para ilmuan dan profesional dalam bidang berkaitan bagi berkongsi sumbang saran dan pandangan berhubung topik yang dibentangkan oleh Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid.
Turut dibentangkan adalah berkenaan 'Ekonomi Malaysia: Status dan Cabaran' oleh Penasihat Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Profesor Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali yang juga merupakan mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pembentangan turut disertai Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang memberi tumpuan kepada hala tuju masa depan pendidikan tinggi negara, seiring perkembangan arus perdana menerusi tajuk 'Cabaran Masa Depan Dalam Pendidikan Tinggi'.