fb fb fb fb fb

Jenazah bekas penyampai radio Johorfm selamat dikebumikan

KOTA TINGGI, 23 Disember- Jenazah bekas penyampai radio Johorfm, Ismail Ibrahim, 68 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, di sini, pada pukul 10.50 pagi tadi.

Solat jenazah Allahyarham diadakan pada pukul 10.00 pagi, dihadiri kira - kira 50 orang jemaah di Surau An Nur, berhampiran kediaman beliau di Bandar Tenggara.

Allahyarham berkhidmat bersama Johorfm sejak tahun 1980 hingga 2008, menempah nama dalam kalangan pendengar rakyat Johor, terutama di waktu pagi, menerusi segmen Segar Pagi dan Hello Johor.

Program Aksara Merdeka terbitan beliau, merupakan antara siaran yang popular ketika Bulan Kemerdekaan, melibatkan pendeklamasian sajak patriotik.

Beliau juga terlibat dengan usaha merangka program berbahasa Inggeris di Johorfm.


(Beliau juga terlibat dengan usaha merangka program berbahasa
Inggeris di Johorfm)

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kluang, pada pukul 9.33 malam semalam, akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Media Baharu