fb fb fb fb fb

Kerajaan nafi saman, sekat media sosial individu kritik Kerajaan Perpaduan

JOHOR, 23 Disember- Dakwaan bahawa kerajaan akan menyaman dan menyekat akaun media sosial individu yang mengkritik Kerajaan Perpaduan adalah tidak benar.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching menegaskan, bahawa tindakan dikenakan terhadap individu yang menyebarkan informasi palsu dan tidak sahih.

 
(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching)

Kerajaan Perpaduan juga tidak mahu ucapan atau kenyataan berbaur kebencian hingga menggugat keharmonian dikeluarkan individu, khususnya berkaitan isu 3R, iaitu bangsa, agama dan raja.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan kabinetnya terbuka menerima kritikan membina.

"Itu adalah pesanan yang kami terima juga perlu jaga takde pihak-pihak tertentu mainkan isu 3R untuk wujudkan situasi yang kita rasa tidak seronok tapi setakat ini saya tidak nampak ada netizen yang disaman dituduh kerana mereka kritik kerajaan, itu tidak betul," kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, selepas diminta mengulas dakwaan kononnya mereka yang mengkritik Kerajaan Perpaduan di media sosial akan disaman dan akaun disekat.

Media Baharu