fb fb fb fb fb

Saarani Mohamad angkat sumpah MB Perak petang ini

IPOH, 21 November- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak baharu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pukul 5.30 petang ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Annuar Zaini berkata ia selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

"Dewan negeri akan segera bersidang meluluskan bajet, Duli Yang Maha Mulia perkenan istiadat angkat sumpah diadakan petang ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Terdahulu, Saarani telah menghadap Sultan Perak dan menyembah maklum persetujuan kedua-dua gabungan itu.

Kerjasama dua gabungan itu memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri sekaligus melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Perikatan Nasional berjaya memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pakatan Harapan dengan 24 kerusi manakala BN dengan sembilan kerusi.

Media Baharu