fb fb fb fb fb

Fokus kepada pengangguran dalam kalangan graduan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 21 November- Pengangguran dalam kalangan graduan perlu menjadi fokus utama bagi kerajaan baharu kelak dalam usaha menyediakan pelbagai platform pekerjaan pada masa akan datang.

Strategi itu perlu bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan ekonomi negara berikutan jangkaan berlakunya kemelesetan ekonomi global tahun hadapan.

Pensyarah Kanan Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITRA) Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, "kerajaan yang baharu perlu menumpukan kepada peluang pekerjaan yang lebih banyak.

"Peluang pekerjaan yang lebih banyak ini pula memerlukan kepada antaranya adalah pelaburan langsung asing (FDI). Kita kena menambahkan rakan-rakan dagang di seluruh dunia. Mereka perlu melabur di negara kita sebab kita mempunyai graduan yang ramai.

Tambah beliau, "isu utama sekarang adalah pengangguran dalam kalangan graduan. Jadi apa yang penting kita boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang baik. Perkara ini akan membuatkan ekonomi berkembang."

Beliau ditemui selepas Program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Selain itu, wujud keperluan untuk memantapkan lagi sektor industri kecil dan sederhana (IKS) bagi memastikan kestabilan bekalan makanan sekaligus menyumbang perkembangan ekonomi negara yang lebih mampan.

(Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis)

 

 

Media Baharu