fb fb fb fb fb

Lebih 450 penduduk terjejas banjir di tiga daerah Selangor

SHAH ALAM, 21 November- Sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Selangor.

Menurut InfoBencanaBanjir, 493 penduduk daripada 141 keluarga terjejas banjir, dicatat setakat pukul 3.24 petang tadi.

Daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat.


(Foto BERNAMA)

PPS terlibat di Kuala Selangor membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram dengan menempatkan 53 penduduk terjejas, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru (89), Balairaya Blok Agh Sawah Sempadan (8) dan Dewan MDKS Bandar Baru Kuala Selangor,10 penduduk terjejas.

Sementara di Sepang melibatkan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, 35 penduduk terjejas, Dewan Orang Ramai Dengkil (35), SMK Dengkil (39) dan Dewan MPKK Kampung Labu Lanjut.

Manakala di Kuala Langat membabitkan Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, 80 penduduk terjejas, Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang (37), Balai Raya Koa Bukit Serdang (26), Balai Raya Koa Bukit Tadom (12) dan Balai Raya MPKK Seri Cheeding, empat penduduk terjejas.

Media Baharu