fb fb fb fb fb

PN cukup sokongan bentuk kerajaan - Presiden PAS

BUKIT DAMANSARA, 21 November- Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pihaknya sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

"Sudah cukup, lebih dari cukup, insya-Allah," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kira-kira pukul 2.00 petang, di sini hari ini.

(Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional,
Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, hari ini/FOTO BERNAMA)

Terdahulu Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui satu kenyataan memaklumkan PN telah mengemukan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Hamzah berkata jumlah surat akuan yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Media Baharu