fb fb fb fb fb

UMNO Johor tolak gabungan libatkan DAP

JOHOR BAHRU, 21 November- UMNO Johor memegang pendirian parti, bahawa gabungan politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata ia kerana pembentukan gabungan kerajaan, parti politik stabil dan untuk memimpin negara, perlu diberi keutamaan dalam kalangan parti politik Malaysia.

Menerusi kenyataan, beliau menjelaskan parti-parti politik juga mengutamakan kerajaan yang sederhana serta mampu mendepani cabaran sosial dan ekonomi pada masa akan datang.

(Datuk Seri Hasni Mohammad)

Selain itu, UMNO Johor juga yakin, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tanggungjawab jelas dan berprinsip, demi kelangsungan parti dan orang melayu secara umum.

Hasni turut berpendapat, pemilihan UMNO yang bakal diadakan dalam masa terdekat perlu berlandas kepada kerangka pemulihan UMNO, selain memulihkan keyakinan pengundi kepada parti.

Media Baharu